Selasa, 8 Mac 2016

Mengasah kemahiran menulis

Kebanyakkan kita agak sukar meyiapkan assignment disebabkan kurang kemahiran dalam penulisan. Bahkan ini merupakan faktor utama selain kurang cekap menggunakan computer dan perisian Microsft Word.
Saya juga pada mulanya menghadapi masalah yang sama. Jadi untuk mengasah kemahiran menaip dan menyusun ayat, saya telah mewujudkan beberapa buah blog seperti creminmuka.blogspot.my dan chargemanblog.blogspot.my.



Alhamdulillah, selepas beberapa bulan berblog, kemahiran-kemahiran yang diasah semakin tajam walau pun tidak sebaik para editor blogger-blogger professional, tapi sudah mampu memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan.


Blog chargemanblog.blogspot.my diwujudkan untuk memberi input kepada individu-individu yang berkerja sebagai Penjaga Jentera Elektrik atau Chargeman. Selain itu, saya juga mengalih bahasa artikel-artikel berbahasa Inggris kepada bahasa Melayu dan secara tidak langsung, kemahiran berbahasa Inggris dapat ditingkatkan.

Untuk memulakan sebuah blog, anda cuma perlu mendaftar di Blogger.com kemudian ikutilah langkah demi langkah yang ditunjukkan.



Sekiranya anda telah berada di semester yang lebih jauh, masih tidak terlambat kerana kemahiran menulis dan menaip adalah terpakai sepanjang hayat.













Tiada ulasan :

Catat Ulasan