Rabu, 16 Mac 2016

Contoh surat : Cuti tanpa rekod

Contoh surat memohon cuti tanpa rekod bagi mengikuti Peperiksaan PJJ UUM. Lampirkan juga jadual peperiksaan. Salin & tampal contoh surat di bawah.

Tarikh :  11 Mac 2016

(Nama anda)
(unit / cawangan / jabatan)

Melalui :

Pengarah,
(Cawangan / bahagian)

Kepada :
Pengarah,
(Jabatan / Negeri)

Tuan,

PERMOHONAN CUTI TANPA REKOD PADA 18 MAC 2016

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan lampiran yang disertakan adalah berkaitan.

2) Untuk makluman tuan, saya akan menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester bagi sesi Januari 2016/2017 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang akan diadakan pada 18 & 19 Mac 2016 (Jumaat & Sabtu).

3) Sehubungan dengan itu, ingin saya memaklumkan bahawa pada 18 Mac 2016  adalah Hari Kerja Biasa. Oleh itu, saya ingin memohon kemudahan cuti tanpa rekod pada tarikh tersebut.

4) Perhatian untuk kelulusan amatlah diharapkan demi untuk memajukan diri saya semasa dalam perkhidmatan.

Sekian, terima kasih.

…………………………………………
(NAMA PEMOHON)

Tiada ulasan :

Catat Ulasan