Rabu, 23 September 2015

Samsung Tab A untuk study.

Salah satu kelebihan PJJ UUM, semua nota-nota dalam bentuk PDF atau MS.W yang dimuatkan dalam C.D. Mula-mula rasa agak janggal dan sedikit menyusahkan. Apa tidaknya, saya terfikir bahawa semua nota-nota perlu diprint out atau dibukukan.

Ini adalah salah satu pendekatan UUM untuk memudahkan proses pembelajaran jarak jauh ni. Jadi, saya berfikir apa solusi yang sangat baik untuk memudahkan diri saya sepanjang mengikuti pengajian ni. 

Mula-mula saya gunakan iPad. Alhamdulillah, saya tidak perlu lagi print out semua nota-nota. Sambil membaca nota di iPad, sambil buat catatan ringkas atau carta minda di buku catitan. Tapi, beberapa hari lalu selepas menduduki peperiksaan pertengahan semester, saya jalan-jalan di sebuah pasaraya dan terlihat seorang pelanggan di kedai alat telekomunikasi sedang menguji cuba Samsung Tab A. 

Saya sertakan link vedio dan anda tengoklah sendiri. 

Perkara yang paling menarik perhatian saya ialah, peranti ini dilengkapi dengan aplikasi Microsoft Office dan boleh berkendali dengan baik. Jadi kerja menyiapkan tugasan menjadi semaikn mudah. 

Saya telah muat naik vedio ringkas yang menunjukklan cara pengunaan aplikasi S Note dan Adobe Acrobat Samsung Tab A. Klik sini juga contoh penggunan asas aplikasi Microsoft office iaitu Microsoft Words dan Power Point di sini dan di Sini.

Gadget ni sangat berbaloi untuk dimiliki. Tidak perlu bawak buku banyak-banyak setiap kali ke kelas dan boleh menggantikan sedikit sebanyak penggunaan Lep top. Harga pun sangat berbaloi.