Ahad, 6 Disember 2015

Exam dah abis, kelas nak mula..

Alhamdulillah... baru ada rasa lapang sikit kepala lepas habis fainal exam untuk sem 1. Seminggu ke hulu ke hilir dengan Tab baca nota-nota dan review soalan-soalan sem sebelumnya.

Ada yang menyenangkan dan ada juga yang menyusahkan.. hehe.. tidak semua paper di ambil dari soalan-soalan lama. Contohnya subjek Penghantar Pengurusan, tidak satu pun soalan dari soalan-soalan lepas, syukur juga sempat baca nota sebelum masuk dewan perikas. Jadi, moral of story, kena rajin juga membaca.

Sekarang tengah tunggu result sem dan prepare untuk sem 2. Di bawah ni saya sediakan link download untuk 3 subjek bagi sem 2. Klik yang warna biru tu.. hehe

Hubungan etnik
Bab 1-4
Bab 5-8

Kenegaraan Malaysia

Aplikasi Komputer

Untuk geng-geng sekelas, pesan dengan ketu kelas, bawak pemadam papan hitan dan kapur tulis tiap kali masuk kelas.. hehe

Selasa, 13 Oktober 2015

Bahasa Bersifat Arbitrari

Tiada hubungan yang mutlak antara bunyi atau perkataan dengan makna atau benda yang dimaksudkan. Oleh itu  makna bagi sesuatu lambang atau perkataan adalah konvensional sifatnya. Makna adalah dipersetujui bersama oleh sekelompok penutur yang menggunakan bahasa itu. Persetujuan itu dilakukan baik secara sedar ataupun tidak (Raminah Hj. Sabran,1985:40)      

Rabu, 23 September 2015

Samsung Tab A untuk study.

Salah satu kelebihan PJJ UUM, semua nota-nota dalam bentuk PDF atau MS.W yang dimuatkan dalam C.D. Mula-mula rasa agak janggal dan sedikit menyusahkan. Apa tidaknya, saya terfikir bahawa semua nota-nota perlu diprint out atau dibukukan.

Ini adalah salah satu pendekatan UUM untuk memudahkan proses pembelajaran jarak jauh ni. Jadi, saya berfikir apa solusi yang sangat baik untuk memudahkan diri saya sepanjang mengikuti pengajian ni. 

Mula-mula saya gunakan iPad. Alhamdulillah, saya tidak perlu lagi print out semua nota-nota. Sambil membaca nota di iPad, sambil buat catatan ringkas atau carta minda di buku catitan. Tapi, beberapa hari lalu selepas menduduki peperiksaan pertengahan semester, saya jalan-jalan di sebuah pasaraya dan terlihat seorang pelanggan di kedai alat telekomunikasi sedang menguji cuba Samsung Tab A. 

Saya sertakan link vedio dan anda tengoklah sendiri. 

Perkara yang paling menarik perhatian saya ialah, peranti ini dilengkapi dengan aplikasi Microsoft Office dan boleh berkendali dengan baik. Jadi kerja menyiapkan tugasan menjadi semaikn mudah. 

Saya telah muat naik vedio ringkas yang menunjukklan cara pengunaan aplikasi S Note dan Adobe Acrobat Samsung Tab A. Klik sini juga contoh penggunan asas aplikasi Microsoft office iaitu Microsoft Words dan Power Point di sini dan di Sini.

Gadget ni sangat berbaloi untuk dimiliki. Tidak perlu bawak buku banyak-banyak setiap kali ke kelas dan boleh menggantikan sedikit sebanyak penggunaan Lep top. Harga pun sangat berbaloi.


Jumaat, 21 Ogos 2015

Untuk apakah umurmu dihabiskan?

Hurry.. Permohonan untuk PJJ-UUM sudah dibuka.
Boleh dapatkan borang di sini

Apa faedah mengikuti PJJ-UUM ni? Banyak faedahnya. Pernah orang kata buat apa belajar sampai universiti. Bukan kena tanya pun di Akhirat nanti.

Sebenarnya ini adalah persepsi yang salah. Salah. betul-betul salah. Tiada yang salah melainkan yang salah. (Betul-betul salah nampaknya..)

Memanglah di padang Masyar nanti kita tidak ditanya apa Ijazah yang kita ada. Tapi yang ditanya nanti ialah :

Isnin, 10 Ogos 2015

Pembayaran yuran PJJ-UUM melalui KWSP.

Berikut ini adalah penerangan yang dipetik dari KWSP berkaitan pembayaran yuran pengajian melalui pengeluaran KWSP.





Kalau susah mahu baca, tekan Ctrl+ (+) untuk zoom atau untuk maklumat penuh 
boleh download di sini dan di sini untuk borang permononan atas talian.


Contoh surat memohon kebenaran untuk mengikuti PJJ UUM

Berikut ini adalah contoh surat untuk memohon kebenaran mengikuti pengajian mood Jarak Jauh UUM, cuma copy/paste dan ubah mengikut kesesuaian anda.

Contoh surat pengesahan majikan

Berikut ini adalah contoh surat pengasah dari majikan. Anda perlu menyediakan surat ini lengkap dengan Kepala Surat (Letter Head). Copy /Paste format ini dan ubah mengikut kesesuaian anda.


Ahad, 26 Julai 2015

UUM PJJ : Nota Slide

Klik link untuk download slide.
1) SADN 1013 – Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (1)
– Bab 1 – 20 KLIK SINI
2) BPMN 1013 – Pengantar Pengurusan
– Bab 1 – 17 KLIK SINI
3) SBLM 1053 – Bahasa Melayu Pengurusan 
– Bab 1 – 12 KLIK SINI
4) VRS 011 – Pembangunan Masyarakat 1
– Bab 1 – 6  KLIK SINI
5) GMGA 1013 – Asas Pentadbiran Awam
– Bab 1 – 10 KLIK SINI
*folder dlm format .rar (sila extract terlebih dahulu menggunakan aplikasi winrar @ winzip)

Khamis, 23 Julai 2015

Memgapa saya berPJJ

Ada suara dari sebelah berbunyi "Baru ambik Digree dah buat blog pasal PJJ. Nak tunjuk la tu"

Ada satu kisah seorang tokoh yang diabadikan namanya olah Allah s.w.t di dalam al-quran. Kisah Lukmanul Hakim bersama anaknya dan seekor keldai kurus. Kisahnya begini.

Pada suatu hari, Luqmanul Hakim mengajak anaknya untuk melakukan perjalanan jauh dengan mengendarai seekor keledai. "Wahai Anakku, naiklah kepunggung keledai, aku yang akan berjalan kaki menuntunnya."  sahut Lukmanul Hakim kepada Putranya. Ketika memasuki sebuah perkampungan, org2 yg melihatnya berkata, " anak macam apa itu, dia sendiri di atas keledai sementara ayahnya yg tua dibiarkan berjalan kaki."
Mendengar itu, langkah keledaipun dipercepat hingga meninggalkan perkampungan itu. "Ayah, aku mendengar tadi org2 kampung mencibirku sebagai anak durhaka, karena membiarkan Engkau jalan kaki sementara aku diatas keledai. Biarlah, ayah di atas keledai dan aku berjalan kaki menuntunnya." Pinta Putra Lukamnul Hakim.

'Baiklah kalau begitu Nak," kemudian Lukman naik keledai dan sang anak berjalan kaki menuntunnya. Selang beberapa saat, merekapun tiba disebuah kampung. Melihat kondisi demikian, org2 kampung berkata, "aduuhh, sungguh ayah yg tidak punya perasaan. Anaknya berjalan kaki sedangkan dia di atas keledai. Ayah macam apa itu?"

Setelah melewati kampung kedua, Putra Lukmanul Hakim berkata pada Ayahnya, "Ayah, aku tidak suka mendengar org2 kampung menghina Engkau tadi. Apa tidak lebih baik kita berdua di atas keledai?"

"Baiklah kalau begitu Nak," kemudian merekapun berdua di atas punggung keledai berjalan hingga memasuki kampung ketiga dalam perjalanannya.

"Haii.. lihatlah, dua orang mengendarai seekor keledai kurus, apa mereka tidak punya rasa kasihan sedikitpun terhadap binatang?" Sahut org2 kampung melihat kedatangan Lukmanul Hakim dan Anaknya.

"Ayah, org2 kampung membicarakan kita tidak punya belas kasihan terhadap binatang, lebih baik kita berdua tidak naik keledai. Biarkan kita jalan kaki saja sambil menuntun keledai." Pinta anaknya.

"Baiklah kalau begitu Nak," kemudian Lukamanul Hakim berserta putranya meneruskan perjalanan sambil jalan kaki. Namun dipinggiran kampung, org2 melihat kondisi tersebut kembali mencibir, "Sungguh bodoh kedua org ini, ada keledai tapi jalan kaki. kenapa tidak ditungganginya saja?"  Mendengar hal tsb, Lukmanul Hakim mempercepat langkahnya hingga tiba ditepi hutan.

"Anakku, mari kita istirahat sejenak dibawah pohon itu." Ajak Lukmanul Hakim.
Setelah mereka berdua duduk di bawah pohon rindang, Lukmanul Hakim kemudian berkata kepada anaknya, "Anakku. apa yang telah kita alami selama perjalanan ini adalah pelajaran yang sangat berharga. Jika engkau mengikuti keinginan setiap orang, maka Engkau akan terombang-ambing dalam ketidakpastian. Engkau akan berbuat hanya demi menyenangkan hati kebanyakan orang tapi akan menyiksa dirimu sendiri.  Engkau akan hidup bagai daun-daun kering yg terbang tanpa tujuan mengikuti kehendak angin."

Sambil memeluk pundak anaknya, Lukmanul hakim berkata pelan melanjutkan, "Catat wahai anakku ... Engkau harus memiliki keyakinan kuat dan ketetapan hati dalam mengambil keputusan dalam hidup ini."

Pengajaran dari kisah Lukmanul Hakim di atas ialah setiap yang kita lakukan biarlah kerana Allah. Sekiranya kita berbuat sesuatu hanya kerana memuaskan hati orang lain, sehingga bergadai tulang emapt kerat pun orang tidak akan puas.

Begitulah juga halnya dengan PJJ dan blog ini. Perlahan-lahan saya akan kongsikan pengalaman untuk tatapan sesiapa sahaja dan mungkin ramai yang di luar sana juga layak menyambung pelajaran cuma tapi tiada maklumat.

Mengenai PJJ saya yang akan bermula esok 24/7/15, saya membuat keputusan ini kerana banyak masa saya terbuang dan ada baiknya kalau diisi dengan ilmi siapa tahu akan bermanfaat suatu hari nanti. Ilmu dunia tidak semestinta untuk dunia sahaja. Kalau ilmu dunia itu boleh mendatangkan pahala maka ia lebih baik dari menuntut ilmu akhirat jika ilmu itu disampaikan dangan riak dan takbur. Kalau nak Digree semata, dari dulu lagi saya dah dapat.

Kunci segala keberkatan ialah Niat Kerana Allah. 

Khamis, 2 Julai 2015

Peluang belajar secara separuh masa.

Kalau rasa-rasa ada keninginan untuk belajar lagi, mungkin PJJ UUM ini boleh membantu.
Antara program yang ditawarkan di Peace UUM :

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia menawarkan program berikut :
Selain tu, Peace juga menyediakan pusat-pusat pembelajaran hampir diseluruh negara, 

PUSAT PENGAJIAN PJJ
UUM kini mempunyai sepuluh (11) pusat pembelajaran yang beroperasi untuk Program PJJ iaitu:
  • Kampus UUM, Sintok, Kedah
  • Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur
  • Pusat Pembelajaran Kota Bharu, Kelantan
  • Pusat Pembelajaran Johor Bahru, Johor
  • Pusat Pembelajaran Kuching, Sarawak
  • Pusat Pembelajaran Sibu, Sarawak
  • Pusat Pembelajaran Kota Kinabalu, Sabah
  • Pusat Pembelajaran Ipoh, Perak
  • Pusat Pembelajaran Melaka
  • Pusat Pembelajaran Seberang Perai, Pulau Pinang
  • Pusat Pembelajaran Kuantan, Pahang
Jadi kalau berminat, masih ada peluang lagi untuk tahun ini, boleh rujuk di sini.

Sabtu, 27 Jun 2015

PJJ UUM, jadi budak sekolah lagi.

Alhamdulillah, tak sangka betul terpilih menjadi pelajar separuh masa untuk program PJJ UUM. Ingatkan tidak dapat-dapat sudah, mahu putus harapan dibuatnya.

Cabaran baharu yang perlu ditempuhi! Sebelum ini bekerja dan menghabiskan masa dengan keluarga. Selain akan sebukkan diri dengan pengajian walaupun separuh masa, aku juga perlu teruskan berniaga sambilan kerana semasa mengisi borang permohonan PJJ UUM tu, aku pilih untuk membayar pengajian tu sendiri tanpa pinjaman. Syukur juga tempat kerja sekarang ni banyak masa lapang untuk diisi.


Program yang aku pohon ialah  PENGURUSAN AWAM BPM (HONS.)Itu jak yang termampu. Tempoh pengajian 5 hingga 10 tahun. Adoi..

Satu lagi peluang keemasan ialah kelas diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Cuma beberapa minit dari rumah aku ni kalau naik Viva, kalau naik Hilux mungkin laju sikit.
Ha. aku masuk dua Universiti sekali. Program UUM, kelas UMS.
Jadual hari pendaftaran.

Bolehlah tambah kenalan pas tu hasut diorang supaya makan Youg Tau Foo di Kiosk aku.. haha