Berikut ini adalah contoh surat untuk memohon kebenaran mengikuti pengajian mood Jarak Jauh UUM, cuma copy/paste dan ubah mengikut kesesuaian anda.
Tarikh : 13 Julai 2015
Nama dan Alamat Anda
Melalui :
Sekiranya anda bertugas
di bahagian tertentu atau cawangan.
Kepada :
Pengarah atau
kepala kantor. :-)
Tuan,
KELULUSAN MENGIKUTI PROGRAM PENGAJIAN
JARAK JAUH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Dengan
hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan lampiran yang disertakan
adalah berkaitan.
2) Untuk makluman tuan, saya telah ditawarkan
untuk mengikuti Pengajian Jarak Jauh, Universiti Utara Malaysia bagi Program
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian yang akan diadakan di Pusat
Penataran Ilmu & Bahasa Universiti Malaysia Sabah bermula 24 Julai 2015.
3)
Sehubungan dengan itu, saya ingin
memohon kelonggaran dalam perkhidmatan bagi kemudahan untuk pegawai yang diberi
kelulusan untuk belajar semasa dalam perkhidmatan seperti cuti tanpa rekod,
cuti untuk peperiksaan dan sebagainya.
4)
Perhatian untuk kelulusan amatlah
diharapkan demi untuk memajukan diri saya semasa dalam perkhidmatan.
Sekian, terima kasih.
…………………………………………
(NAMA ANDA-HURUF BESAR)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan