Sabtu, 27 Jun 2015

PJJ UUM, jadi budak sekolah lagi.

Alhamdulillah, tak sangka betul terpilih menjadi pelajar separuh masa untuk program PJJ UUM. Ingatkan tidak dapat-dapat sudah, mahu putus harapan dibuatnya.

Cabaran baharu yang perlu ditempuhi! Sebelum ini bekerja dan menghabiskan masa dengan keluarga. Selain akan sebukkan diri dengan pengajian walaupun separuh masa, aku juga perlu teruskan berniaga sambilan kerana semasa mengisi borang permohonan PJJ UUM tu, aku pilih untuk membayar pengajian tu sendiri tanpa pinjaman. Syukur juga tempat kerja sekarang ni banyak masa lapang untuk diisi.


Program yang aku pohon ialah  PENGURUSAN AWAM BPM (HONS.)Itu jak yang termampu. Tempoh pengajian 5 hingga 10 tahun. Adoi..

Satu lagi peluang keemasan ialah kelas diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Cuma beberapa minit dari rumah aku ni kalau naik Viva, kalau naik Hilux mungkin laju sikit.
Ha. aku masuk dua Universiti sekali. Program UUM, kelas UMS.
Jadual hari pendaftaran.

Bolehlah tambah kenalan pas tu hasut diorang supaya makan Youg Tau Foo di Kiosk aku.. haha