Jumaat, 21 Ogos 2015

Untuk apakah umurmu dihabiskan?

Hurry.. Permohonan untuk PJJ-UUM sudah dibuka.
Boleh dapatkan borang di sini

Apa faedah mengikuti PJJ-UUM ni? Banyak faedahnya. Pernah orang kata buat apa belajar sampai universiti. Bukan kena tanya pun di Akhirat nanti.

Sebenarnya ini adalah persepsi yang salah. Salah. betul-betul salah. Tiada yang salah melainkan yang salah. (Betul-betul salah nampaknya..)

Memanglah di padang Masyar nanti kita tidak ditanya apa Ijazah yang kita ada. Tapi yang ditanya nanti ialah :

1. Untuk apa umurmu dihabiskan?
2. Untuk apa ilmu-mu diamalkan?
3. Bagaimana hartamu didapat dan dibelanjakan?
4. Untuk apa badan-mu digunakan?

Keempat-empat perkara ini sangat berkaitan dengan ilmu. jadi dimana untuk mendapatkan ilmu?
Takkan di kedai tayar kan?

Soal kenaikan pangkat pada masa akan datang tu belakang cerita sebab kita belajar bukan untuk jadi kaya raya, tapi untuk pandai. Jangan sesekali mengaitkan ilmu dengan kekayaan harta benda walaupun ilmu boleh menjana harta benda. Kalau beranggapan belajar tinggi-tinggi untuk mencari harta semata-mata, baik lupakan niat belajar tu. Takut ada pulak yang bunuh diri kalau tak kaya-kaya lepas tamat pengajian. hehe

Faedah yang ni bukan UUM sahaja tapi semua universiti.

Faedah lain ialah, kelas cuma sekali sebulan. Nota dalam bentuk PDF yang dimuatkan dalam CD. Boleh transfer nota-nota tu dalam iPad dan keturuanannya. hehe.




Tiada ulasan :

Catat Ulasan