Khamis, 12 Mei 2016

Assignment semester dua

Saya sertakan pautan ke blog utama saya dua assignment bagi semester dua yang lalu.

1. Perpaduan melalui perbezaan

2. Tugasan ekonomi

Tugasan kenegaraan akan diupload kalau ada masa..

Sudi-sudilah tinjau dan komen di artikel tu ya..

Selasa, 19 April 2016

Islam di Asia : Manila, kota yang murtad!

BARU-baru ini, penulis menjejakkan kaki buat kali pertama di Manila untuk menghadiri persidangan Publish Asia 2016, acara tahunan Persatuan Penerbit Akhbar dan Berita Seluruh Dunia (WAN-Ifra) Asia Pasifik.

Pertama kali ke Manila dan tanpa sebarang nasihat atau pedoman, penulis berhadapan dengan pengalaman sukar hendak mendapatkan makanan halal di ibu kota Filipina itu terutama pada hari pertama. Hotel Manila, penginapan kami yang juga venue persidangan berlokasi di Teluk Manila, agak terpinggir dari pusat kota.

Rabu, 16 Mac 2016

Contoh surat : Cuti tanpa rekod

Contoh surat memohon cuti tanpa rekod bagi mengikuti Peperiksaan PJJ UUM. Lampirkan juga jadual peperiksaan. Salin & tampal contoh surat di bawah.

Selasa, 8 Mac 2016

Mengasah kemahiran menulis

Kebanyakkan kita agak sukar meyiapkan assignment disebabkan kurang kemahiran dalam penulisan. Bahkan ini merupakan faktor utama selain kurang cekap menggunakan computer dan perisian Microsft Word.

Selasa, 2 Februari 2016

Perpaduan kaum melalui makanan tradisi

Abstrak

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya. Aspek tersebut menjadi penyumbang kepada perkembangan pemakanan yang mempengaruhi perpaduan kaum di Malaysia. Objektif utama kajian ini ialah mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India selain mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut. Objektif lain yang turut dikaji adalah berkenaan pemahaman tahap dan perpaduan kaum di Malaysia melalui makanan. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik dalam kalangan masyarakat sekitar Melaka yang terdiri daripada pelbagai kaum. Seramai 30 responden telah dipilih untuk menyertai kajian ini dan berdasarkan maklumat yang diperolehi, hubungan antara tahap perpaduan dan makanan bagi setiap kaum adalah memuaskan. Oleh itu, makanan memainkan peranan yang penting dalam memupuk hubungan yang erat antara kaum utama di Malaysia. Pendedahan mengenai makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu dikaji dan diperkemas lagi supaya masyarakat di Malaysia mengetahui tentang makanan dan tidak melupakan makanan-makanan tradisi masyarakat yang ada di Malaysia.

Ahad, 6 Disember 2015

Exam dah abis, kelas nak mula..

Alhamdulillah... baru ada rasa lapang sikit kepala lepas habis fainal exam untuk sem 1. Seminggu ke hulu ke hilir dengan Tab baca nota-nota dan review soalan-soalan sem sebelumnya.

Ada yang menyenangkan dan ada juga yang menyusahkan.. hehe.. tidak semua paper di ambil dari soalan-soalan lama. Contohnya subjek Penghantar Pengurusan, tidak satu pun soalan dari soalan-soalan lepas, syukur juga sempat baca nota sebelum masuk dewan perikas. Jadi, moral of story, kena rajin juga membaca.

Sekarang tengah tunggu result sem dan prepare untuk sem 2. Di bawah ni saya sediakan link download untuk 3 subjek bagi sem 2. Klik yang warna biru tu.. hehe

Hubungan etnik
Bab 1-4
Bab 5-8

Kenegaraan Malaysia

Aplikasi Komputer

Untuk geng-geng sekelas, pesan dengan ketu kelas, bawak pemadam papan hitan dan kapur tulis tiap kali masuk kelas.. hehe